Mustahil lima negara anjur Piala Dunia -- Shapawi

Oleh Staff Writer 17 Oktober 2019 556
Mustahil lima negara anjur Piala Dunia -- Shapawi
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, senada dengan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John, yang mengaggap penyatuan lima negara ASEAN untuk menganjurkan Piala Dunia 2034 sebagai sesuatu yang mustahil.

"ASEAN bersetuju bahawa sudah sampai masanya untuk mereka merebut peluang untuk menjadi tuan rumah.

"Dan kalaulah 10 negara ASEAN bersetuju untuk menyokong, pada akhirnya hanya dua atau tiga negara yang akan menjadi tuan rumah, jadi itulah cadangannya.

"Tetapi bukanlah lima negara.

"Lima negara ASEAN itu dipilih untuk mengemudi kajian tersebut," katanya.

Bagaimanapun, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat bersama lima negara berkenaan dalam masa terdekat.

Shapawi enggan bersikap terlalu gopoh dan menganggap perkara itu masih di peringkat awal dan kajian menyeluruh perlu dijalankan terlebih dahulu.

"Sekarang ia (Piala Dunia) sudah dikembangkan daripada 32 kepada 48 pasukan.

"Satu negara (tuan rumah) telah dijadikan dua negara semasa di Tokyo dan Seoul (pada 2002).

"Daripada dua negara, sekarang sudah jadi tiga negara pula di Amerika.

"Daripada itupun, bola sepak sudah berkembang, jadi secara tidak langsung, ia masih di peringkat jawatankuasa kerja untuk mengkaji segala aspek berkenaan cadangan untuk ASEAN menjadi tuan rumah," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen