Ozil idam atasi England dalam final Piala Dunia

Oleh Staff Writer 15 Jun 2018 395
Ozil idam atasi England dalam final Piala Dunia
Bintang Jerman, Mesut Ozil, mengidamkan aksi final Piala Dunia berdepan England dan mengatasi skuad The Three Lions.

Pemain tengah Arsenal itu menjadi tonggak utama sewaktu Jerman tampil cemerlang untuk muncul juara dalam saingan empat tahun lalu di Brazil dan kini berpeluang menjadi pasukan pertama Eropah yang mempertahankan kejuaraan itu sejak Itali melakukannya pada 1938.

Pasukan bimbingan Joachim Low itu bakal memulakan saingan di Russia berdepan Mexico, Ahad ini, tetapi Ozil sudah memandang lebih jauh dengan harapan  mahu berdepan England di Moscow.

"Kini, kami adalah juara dunia. Kami harus mengulanginya, perlu melangkah ke final dan berjuang. Itu yang diingini oleh peminat Jerman," katanya.

"Bagaimanapun, saya berhasrat untuk bertemu England dalam final dan menewaskan mereka tanpa perlu beraksi dalam tambahan masa."

England kini dilihat menjadi calon utama bergelar juara Piala Dunia selepas The Three Lions gagal memenangi perlawanan kalah mati sejak 2006 dan Ozil percaya skuad kendalian Gareth Southgate itu adalah pencabar utama kejohanan.

"Apa yang saya lihat, England berpotensi. Mereka melangkah ke Piala Dunia tanpa banyak masalah berbanding kebanyakan pasukan lain dan ia memberikan mereka masa untuk mempersiapkan diri.

"Saya menjangkakan mereka akan ke final. England adalah antara pasukan yang akan menyukarkan laluan kami. Kami juara dunia dan mengulangi kecemerlangan itu tentunya satu pencapaian terbesar buat Jerman," katanya lagi.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen