Pavard: Coutinho akan beri perbezaan buat Bayern

Oleh Staff Writer 12 September 2019 311
Pavard: Coutinho akan beri perbezaan buat Bayern
Philippe Coutinho akan menghadirkan perbezaan buat Bayern Munich sebaik sahaja dia mencapai kepantasan maksimum, kata rakan sepasukannya, Benjamin Pavard.

Bintang Brazil, Coutinho, menyertai Bayern daripada Barcelona menerusi pinjaman musim panjang pada bulan lalu dan telah tampil dua kali dalam saingan Bundesliga sebelum menuju tempoh rehat antarabangsa.

Pavard, yang turut merupakan pemain baru, berpendapat bekas pemain Liverpool itu mungkin memerlukan sedikit masa untuk mencapai prestasi terbaik tetapi percaya dia akan memberikan impak besar.

Ditanya mengenai Coutinho, Pavard memberitahu Sky Sport: "Seorang ahli silap mata! Dia pendiam dan mudah didekati. Dia seorang individu yang baik dan sudah pasti seorang pemain bola sepak yang bagus.

"Sukar untuk mendapatkan bola daripadanya. Dia belum mencapai tahap 100 peratus dan mungkin memerlukan lebih banyak perlawanan kerana lewat menyertai pasukan.

"Namun, saya pasti dalam tempoh beberapa minggu, kami akan melihat aksi bertaraf dunia daripada Coutinho."

"Sudah tentu dia akan berikan perbezaan. Saya mengenalinya daripada sesi latihan dan tidak meraguinya. Dia memiliki kualiti dan akan tunjukkan kepada semua."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen