Pembedahan buku lali Hazard di Dallas selesai

Oleh Nafis Abdullah 6 Mac 2020 92
Pembedahan buku lali Hazard di Dallas selesai
Eden Hazard telah berjaya menyelesaikan pembedahan melibatkan buku lalinya di Dallas.

Bintang Real Madrid itu mengalami retak di bahagian buku lali kanan ketika tewas 1-0 di tangan Levante.

Pemain berusia 29 tahun itu dihantar ke Amerika Syarikat untuk tujuan pembedahan dan berdasarkan laporan di Sepanyol, khidmat doktor di Dallas dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang yang terbaik selepas berpengalaman berdepan isu sama melibatkan barisan bintang NBA.

Semalam, Real mengesahkan pembedahan Hazard berjalan seperti dirancang sambil dipantau doktor kelab dan dia akan diawasi sebelum memulakan proses pemulihan.


Hazard -- yang hanya melakukan 15 penampilan buat Los Blancos sejak tiba daripada Chelsea dengan nilai perpindahan berjumlah EUR100 juta (RM468 juta) -- juga menemui bintang Dallas Mavericks, Luka Doncic, selepas tiba di Amerika Syarikat.

Dia dijangka kembali ke ibu negara Sepanyol dalam tempoh beberapa hari lagi untuk meneruskan proses pemulihan.

Hazard dikatakan tidak akan dapat kembali ke tahap kecergasan dalam tempoh tiga bulan walaupun ketua jurulatih skuad kebangsaan Belgium, Roberto Martinez, yakin penggempur itu akan dapat menikmati baki saingan musim ini.

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen