Piala Airmarine: Jualan tiket tidak menggalakkan

Oleh Staff Writer 19 Mac 2019 10381
Piala Airmarine: Jualan tiket tidak menggalakkan
Tiket perlawanan Piala Airmarine 2019 sudah mula dijual di Kaunter C, Stadium Nasional Bukit Jalil semalam tetapi tinjauan Nadi Arena mendapati jualan tiket pada hari kedua di venue itu lengang walaupun hanya satu kaunter dibuka.

Walaupun ada pihak yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan aksi membabitkan skuad negara, mereka masih tidak berpuas hati dengan harga tiket berkenaan.

"Saya rasa harga tiket yang membuatkan jumlah penonton menurun. Kalau boleh, kami mahu seluruh Malaysia hadir ke stadium menyaksikan pasukan kebangsaan di laman sendiri," ujar seorang penyokong negara.

"Bagi saya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) patut sedar sejak awal untuk menurunkan sedikit harga tiket. Mungkin RM20 kerana sewaktu Piala Suzuki AFF, stadium penuh. Jual pada harga RM40, stadium lengang. FAM perlu fikirkan caranya," tambah seorang lagi peminat bola sepak negara.

Peminat sebelum ini mendakwa harga tiket RM45 bagi tempat duduk utama lebih mahal jika dibandingkan harga perlawanan persahabatan melibatkan skuad negara yang berharga RM20.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen