Piala Dunia Wanita: Marta atasi Klose, Kerr inspirasi Australia

Oleh Staff Writer 19 Jun 2019 2029
Piala Dunia Wanita: Marta atasi Klose, Kerr inspirasi Australia
Marta mengatasi Miroslav Klose untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia ketika Brazil mengatasi Itali 1-0 untuk melangkah ke pusingan 16 sementara Sam Kerr menjadi inspirasi Australia ketika mengatasi Jamaica 4-1.

Pendahulu Kumpulan C, Itali, sudah memastikan tempat dalam pusingan seterusnya sambil Brazil berhempas-pulas untuk meraih tiga mata, sekali gus mengiringi skuad Azzurri itu.

Jaringan Brazil disempurnakan Marta menerusi sepakan penalti pada minit ke-74 apabila Debinha dijatuhkan pertahanan lawan.

Marta kini meledak 17 gol dalam saingan Piala Dunia, lebih satu jaringan daripada Klose ketika mewakili Jerman.

Australia tidak menghadapi kesukaran mengatasi Jamaica, dengan Kerr membuka jaringan pada minit ke-11 sebelum menggandakan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama.

Jamaica bangkit dengan jaringan pertama mereka dalam saingan Piala Dunia hasil gol yang dicetak oleh Havana Solaun.

Namun, Kerr berada di tahap terbaik dengan menambah dua lagi jaringan bagi memastikan kemenangan Australia.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen