PKNP layan peminat cilik

Oleh Azizan Hashim 11 September 2019 279
PKNP layan peminat cilik
Dalam kesibukan membuat persiapan untuk menghadapi perlawanan Piala Malaysia menentang UiTM FC, Jumaat ini, PKNP FC tetap melaksanakan tanggungjawab sosialnya (CSR). 

Justeru, pasukan konglomerat itu tidak menolak permintaan sebuah tadika untuk mengunjungi pasukan.

Berikutan itu, PKNP menerima kunjungan  kanak-kanak dari Tadika Krista, Tambun di padang latihan tetap pasukan itu di Mini Stadium, Chemor, sebentar tadi.

Kanak-kanak terbabit yang berumur antara 4-6 tahun seramai 45 orang dan diiringi tujuh tenaga pengajar serta staf tiba dengan bas kira-kira jam 9.30 pagi dan mengabiskan masa selama sejam bermain dan berlari-lari di atas padang.

"Kami terpanggil untuk menerima permintaan tadika ini untuk mengadakan lawatan ini.

"Semuga kunjungan ini mengeratkan hubungan silaturrahim kami dengan kanak-kanak ini dan mereka mengingati nama PKNP sehingga tua," kata ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim.

Menurutnya, PKNP tidak rugi apa-apa dengan berbuat baik kepada masyarakat, termasuk kanak-kanak.

"Ini tanggungjawab sosial kami. Mana tahu dengan berkat doa mereka, pasukan ini berjaya dalam tugasan," katanya.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen