Portugal kurang bisa tanpa Ronaldo

Oleh Staff Writer 12 Oktober 2018 178
Portugal kurang bisa tanpa Ronaldo
Pengurus Portugal, Fernando Santos, menolak cadangan Portugal mampu meningkatkan persembahan tanpa kehadiran Cristiano Ronaldo ketika mengatasi Poland 3-2, awal pagi tadi.

Andre Silva dan Bernardo Silva menjaringkan gol buat Portugal sebelum jaringan sendiri Kamil Glik memastikan kemenangan kedua mereka dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA.

Ronaldo tidak terpilih untuk beraksi dalam perlawanan antarabangsa kerana terlibat dengan siasatan kes rogol yang didakwa berlaku di sebuah hotel di Las Vegas pada 2009.

Tetapi Santos menegaskan pasukannya memiliki kekurangan tanpa kelibat bintang Juventus itu.

"Tiada pasukan mampu menjadi lebih baik tanpa pemain terbaik dunia," kata Santos.

"Ketika Ronaldo beraksi, dia menggerakkan jentera serangan di sebelah kiri dan memberikan sentuhan penyudah yang berbisa.

"Dalam perlawanan ini, kami bermula baik, mengawal permainan tetapi dibolosi. Kami mengharungi saat sukar tetapi pasukan kekal tenang dan mengawal rentak permainan.

"Portugal mengekalkan tumpuan untuk menang dan saya berpuas hati apabila keputusan memihak kami."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen