Richard kecewa dengan projek pembangunan AMD

Oleh Staff Writer 6 Oktober 2018 5218
Richard kecewa dengan projek pembangunan AMD
"Pengkhianat!", itu gambaran yang diberikan pemerhati bola sepak negara, Datuk Richard Scully, merujuk kepada apa yang berlaku dalam Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang turut merungkai kepincangan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

Kos RM85 juta dan hasil yang dapat dilihat dalam AMD ketika ini benar-benar mengecewakan.

Richard menegaskan pihak yang patut dipertanggungjawabkan sudah pasti badan yang mengendalikan NFDP dalam tempoh empat tahun lalu selain Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah kendalian menteri terdahulu.

"Mereka tidak bertanggungjawab di atas dana yang telah diperuntukkan untuk merealisasikan apa yang telah dibentangkan," katanya.

Richard yang juga bekas jurulatih skuad belia kebangsaan sejak 1994 sehingga tahun lalu, tidak menjangka program yang bernilai jutaan ringgit itu gagal memenuhi spesifikasi yang dijanjikan ketika awal penubuhan NFDP dan AMD.

Jika projek AMD sepenuhnya di bawah tanggungjawab kontraktor bagi tempoh dua tahun jaminan seperti yang dipersetujui, mengapa tiada tindakan sewajarnya diambil untuk menangani isu ini?

"Perkara paling penting, kami perlu mengetahui apa yang berlaku. Rekod prestasi harus bersifat telus kepada semua penggiat sukan bola sepak," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen