Ronaldo: Mbappe pemain sensasi terkini, masa depan

Oleh Staff Writer 20 Februari 2020 116
Ronaldo: Mbappe pemain sensasi terkini, masa depan
Cristiano Ronaldo memuji bintang Paris Saint-Germain (PSG) sambil menyifatkannya sebagai sensasi terkini dan masa depan untuk dunia bola sepak.

Mbappe telah mengesahkan statusnya sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia selepas mencipta sensasi bersama Monaco pada musim 2016-17.

Pemain berusia 21 tahun itu telah memenangi Piala Dunia, tiga kejuaraan Ligue 1 serta tiga trofi domestik buat Perancis, PSG dan Monaco.

Mbappe sentiasa dikaitkan dengan gergasi LaLiga, Real Madrid, dan dia menerima pujian daripada pemenang lima kali Ballon d'Or dan bintang Juventus, Ronaldo.

"Mbappe adalah sensasi terkini dan masa depan," katanya.

"Dia seorang pemain hebat, sangat laju dan akan menjadi masa depan bola sepak."

Dilihat sebagai pengganti Ronaldo dan bintang Barcelona, Lionel Messi, Mbappe jelas menyinar bersama PSG di ibu negara Perancis itu.

Selepas meledakkan 39 gol dalam semua kejohanan musim lalu, Mbappe kini mengutip 24 gol tatkala 15 daripadanya hadir daripada Ligue 1.

Dalam masa sama, Ronaldo juga kini berada dalam prestasi terbaik bersama Juventus bagi musim 2019-20.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen