Sarri: Tiada kata tetapi hanya tepukan buat Buffon

Oleh Nafis Abdullah 5 Julai 2020 458
Sarri: Tiada kata tetapi hanya tepukan buat Buffon
Maurizio Sarri berkata satu-satunya cara terbaik untuk memuji Gianluigi Buffon adalah dengan memberi tepukan selepas penjaga gol veteran itu mencipta rekod baru Serie A, semalam.

Buffon mencatat penampilan ke-648 di pentas tertinggi Itali tatkala Juve menewaskan Torino 4-1 dalam aksi setempat Turin, memecahkan rekod yang dipegang bekas rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, Paolo Maldini.

Kemenangan Juventus dan kekalahan 3-0 Lazio di tangan AC Milan bermakna anak buah Sarri kini memiliki kelebihan tujuh mata di puncak Serie A dengan baki saingan enam perlawanan.

Namun, apabila ditanya mengenai Buffon -- yang menandatangani kontrak lanjutan setahun paa bulan lalu -- Sarri berkata pemain berusia 42 tahun itu hanya mampu diberikan tepukan memandangkan statusnya sebagai legenda telah disahkan.

"Semua orang mengucapkan tahniah atas pencapaian dalam kariernya," kata pengendali itu.

"Dia seorang legenda. Tiada kata diperlukan, hanya tepukan. Itu cara kami menerima kehadirannya dalam bilik persalinan. Lihat pada angka diraih, dia seorang legenda."

Seorang pemain yang akan meninggalkan Juve di penghujung musim ini adalah Miralem Pjanic, di mana pemain tengah itu akan ke Barcelona sambil Arthur ke Itali.

Pjanic dibawa keluar selepas rehat dalam aksi semalam tetapi Sarri menegaskan ia tidak berkaitan dengan prestasinya. Namun, disebabkan kad kuning yang diterima sebelum itu, keputusan tersebut dilakukan tatkala Torino merapatkan jurang dalam waktu kecederaan.

"Pjanic menerima kad kuning dan saya sangat gemuruh melihatnya kerana penalti yang diraih Torino," tambah Sarri.

"Sebab itu saya membawanya keluar. Saya tidak mahu menanggung risiko."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen