Sathianathan tetap bangga dengan aksi Selangor

Oleh Staff Writer 20 Januari 2020 437
Sathianathan tetap bangga dengan aksi Selangor
Jurulatih Selangor, B. Sathianathan, tetap bangga dengan aksi skuad kendaliannya walaupun tewas kepada True Bangkok United menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 malam tadi.

Aksi penentu juara Piala Cabaran Asia di antara Selangor dan True Bangkok United jelas sengit apabila perlawanan terpaksa diheret sehingga penentuan sepakan penalti.

Aksi 90 minit perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan gagal mencari sebarang gol walaupun gawang masing-masing diuji dengan percubaan berbahaya. 

Walaupun tewas dalam aksi penentuan sepakan penalti, Sathiananthan jelas gembira dengan permainan yang ditampilkan anak buahnya sepanjang kejohanan berlangsung.

"Saya berpuas hati dengan persembahan pasukan, mereka telah berusaha dan mencipta peluang. Walaupun berdepan kesukaran beraksi di atas permukaan padang basah, namun mereka telah cuba sebaik mungkin," katanya.

"Tuah amat diperlukan dalam penentuan penalti. Saya sangat gembira dengan kemenangan menerusi penentuan penalti kerana sebelum ini saya sentiasa tewas dalam situasi ini," kata jurulatih True Bangkok United, Alexander Poelking.

Walaupun keadaan padang tidak begitu baik akibat hujan lebat sebelum perlawanan, Sathianathan tetap kagum dengan disiplin ditampilkan skuadnya yang berjaya melaksanakan taktikal dirancang. 

"Saya berasa sudah penat bercakap mengenai perkara ini. Ramai yang melabel saya sangat "Encik Alasan". Tetapi pernahkah saya melihat padang Johor Darul Ta'zim (JDT) seperti ini? Tidak sama sekali."



Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen