Sathianathan yakin dengan kemampuan skuad bimbingan Cheng Hoe

Oleh Staff Writer 5 September 2019 499
Sathianathan yakin dengan kemampuan skuad bimbingan Cheng Hoe
Bekas jurulatih negara, B. Sathianathan, menganggap keberkesanan yang mampu dibawa Tan Cheng Hoe mampu mengelak Harimau Malaya pulang dengan tangan kosong.

Cheng Hoe beruntung dengan kelebihan pemain yang dimiliki mengatasi kualiti pemain yang pernah dibimbing Sathiananthan sebelum ini.

Bekas pengendali negara itu menganggap Cheng Hoe adalah jurulatih yang sangat bertuah kerana kekuatan pemain naturalisasi dan kehadiran pemain berdrah campuran tidak berlaku ketika era kejurulatihannya.

"Ini merupakan skuad paling mantap sejak tahun 2000. Kehadiran pemain naturalisasi dan kacukan sediki- sebanyak meningkatkan mutu pasukan sementara corak permainannya  lebih kemas," kata Sathianathan.

Dengan kemampuan yang dimiliki skuad negara ketika ini, Harimau Malaya perlu meletakkan kelebihan Indonesia selaku tuan rumah sebagai perkara kedua kerana perlu mengutamakan kemampuan keseluruhan pasukan demi memastikan Malaysia tidak pulang hampa.

"Malaysia memiliki kemampuan untuk meraih tiga mata dan harus elak daripada pulang tanpa sebarang mata. Corak permainan mereka ketika bertemu Jordan turut akan menjadi faktor apabila jentera serangan mampu menghasilkan gerakan yang berkualiti."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen