Saya sentiasa pertahan pemain Real -- Zidane

Oleh Staff Writer 26 Januari 2020 794
Saya sentiasa pertahan pemain Real -- Zidane
Zinedine Zidane yakin beliau sentiasa mempertahankan pemain-pemainnya dan menegaskan Gareth Bale bukanlah penyebab masalah di Real Madrid.

Bale menjadi sasaran herdikan penyokong Real dan sebahagian daripada media Sepanyol sejak beberapa musim lalu, dengan penyerang Wales itu -- yang bergelut dengan kecederaan -- selepas diketepikan daripada kesebelasan utama.

Pemain berusia 30 tahun itu juga menimbulkan kemarahan akhbar tempatan dan penyokong Los Blancos apabila meraikan kelayakan Wales ke Euro 2020 dengan dengan sepanduk yang membawa mesej "WALES. GOLF. MADRID... DALAM TURUTAN ITU".

Menjaringkan gol ketika Real meraih kemenangan 3-1 dalam aksi Copa del Rey ke atas Unionistas de Salamanca, Rabu lalu, Bale tidak dapat diturunkan dalam saingan LaLiga berdepan Real Vallodolid ekoran kecederaan buku lali.

Tetapi, ditanya mengapa mempertahankan pemain itu sejak sebelum ini, Zidane menyatakan beliau tidak memiliki sebarang isu dengan Bale, yang sekadar menjaringkan tiga gol musim ini.

"Saya sentiasa mempertahankan pemain-pemain saya. Ia bukan kerana saya perlu tetapi mereka telah berusaha dalam sesi latihan dan mahu mempertahankan Real Madrid," katanya.

"Jadi, saya tidak memiliki pandangan yang sama. Benar dia mengalami kecederaan tetapi anda tidak dapat melakukan apa-apa ketika seseorang pemain itu mengalami kecederaan."

Zidane juga menafikan cadangan kononnya Bale telah membesar-besarkan kecederaannya kerana enggan turun bertemu Vallodolid.

"Saya sentiasa bimbang apabila seseorang pemain mengalami kecederaan. Ia sesuatu yang enggan saya saksikan.

"Saya memiliki 25 pemain dan sukar bagi saya untuk memilih kesebelasan terbaik. Tetapi saya tidak mahu pemain-pemain cedera. Kecederaan Bale tidak serius dan dijangka kembali pulih sepenuhnya."




Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen