Scaloni alu-alukan gandingan Martinez-Messi di Barcelona

Oleh Shaiful Shamsudin 3 Jun 2020 57
Scaloni alu-alukan gandingan Martinez-Messi di Barcelona
Lionel Scaloni berkata peluang beraksi di samping rakan senegaranya, Lionel Messi, adalah lebih baik buat bintang Inter, Lautaro Martinez, tatkala spekulasinya ke Barcelona semakin hangat. 

Martinez berpeluang untuk beralih angin ke juara LaLiga itu sejurus musim ini lengkap berikutan aksi memberangsangkannya di Itali.

Penyerang antarabangsa Argentina itu menyumbat 16 gol dalam 31 perlawanan sebelum musim 2019-20 terpaksa ditunda akibat penularan COVID-19. 

Ketika khabar angin mengenai masa depan Martinez semakin meningkat, pengurus Argentina itu memberi ulasan mengenai situasi pemain berusia 22 tahun tersebut. 

"Jika dia dapat beraksi dengan Messi, itu lebih baik buatnya, tidak syak lagi. Selain itu, dia harus terus berjuang seperti yang dilakukannya di Inter," kata Scaloni kepada TyC Sports.

"Kami harus tenang. Sekiranya dia bertukar kelab, dia mungkin tidak akan diletakkan dalam kesebelasan utama. Ia tidak perlu dipertikaikan dan membiarkan perkembangan itu mempengaruhi kami selagi dia diberi kesempatan. 

"Dia memiliki masa depan yang cerah tetapi masih banyak yang perlu ditawarkannya."

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Entrenamiento con mis nuevos ! #phantomvenom @nikefootball 🔥🙅‍♂️

A post shared by Lautaro Martinez 🇦🇷 (@lautaromartinez) on



Berikutan Martinez mendominasi berita utama, Scaloni memberi peringatan mengenai kelibat Sergio Aguero bersama Argentina dan Manchester City.

Aguero merupakan penjaring terbanyak City sepanjang zaman ketika meraikan ulang tahunnya yang ke-32 semalam sambil berada di tempat ketiga dalam senarai penjaring ketiga terbaik skuad Albiceleste berbekalkan 41 gol. 

"Walaupun kita banyak bercakap tentang Lautaro, Sergio telah memecahkan semua rekod," tambahnya. 

"Itulah sebabnya kami perlu kekal tenang dan menunggu detik masing-masing."

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen