Simeone: Pertahanan Atletico satu anugerah

Oleh Staff Writer 6 Oktober 2019
Simeone: Pertahanan Atletico satu anugerah
Diego Simeone percaya komitmen daripada barisan pertahanan Atletico Madrid adalah satu anugerah.

Atletico sentiasa dikaitkan dengan persembahan bertahan yang cemerlang di bawah kendalian Simeone sehingga membawa pasukan itu bergelar salah sebuah skuad elit Eropah.

Satu video yang tular pertengahan minggu ini menjadi contoh terbaik tatkala ia memaparkan sekumpulan pemain Atletico bertahan di kawasan sendiri selepas lawan melakukan serangan balas ketika berdepan Lokomotiv Moscow.

Ditanya mengenai video itu, Simeone memuji benteng pasukannya yang tidak dibolosi sambil menambah ia menyentuh emosi apabila melihat komitmen yang dipamerkan pemain.

"Insiden sebelum ini adalah sesuatu yang istimewa daripada pasukan," katanya menjelang pertemuan dengan Real Valladolid dalam saingan LaLiga, malam ini.

"Mereka pantas turun ke bawah, jadi anda tidak boleh hasilkan gol. Ia satu reaksi menyentuh emosi, satu anugerah berbeza kerana tidak semua memikirkan perkara sama.

"Ia penuh emosi. Apabila anda menentang rakan anda dan bakal dibolosi, semua pemain berlari dan lawan tidak dapat hasilkan gol.

"Perkara paling indah adalah saya tidak mahu mereka dibolosi."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen