Skriniar: Nerazzurri cabar kejuaraan dengan sentuhan Conte

Oleh Staff Writer 12 Julai 2019 716
Skriniar: Nerazzurri cabar kejuaraan dengan sentuhan Conte
Milan Skriniar mengulangi komitmennya terhadap Inter dengan menegaskan skuad Nerazzurri itu berhasrat mencabar gelaran Serie A di bawah pengurus baru, Antonio Conte.

Skriniar menandatangani kontrak jangka panjang yang baru bersama Inter, Mei lalu, meskipun menjadi buruan beberapa kelab utama Eropah.

Luciano Spalletti gagal mempertahankan kerusi panasnya di San Siro, dengan bekas pengurus Juventus dan jurulatih Itali, Conte, menjadi pilihan untuk menggantikannya.

Inter -- yang menamatkan saingan di tempat keempat musim lalu -- merancang untuk membentuk skuad berwajah baru dengan Radja Nainggolan dan Mauro Icardi bakal meninggalkan kelab sementara Romelu Lukaku menjadi pemburuan selanjutnya. 

Begitupun, pemain kelahiran Slovakia itu mahu memberi tumpuan untuk membantu penguasaan domestik Inter. 

"Saya selalu mengatakan bahawa saya ingin kekal di sini, saya gembira untuk berada di sini," Skriniar memberitahu Sky Italia.

"Dengan pengurus baru, mungkin ada sistem permainan yang baru dan kami perlu bekerja keras untuk sentiasa melakukan yang lebih baik.

"Wujud kemahuan yang hebat untuk beraksi dengan baik dan kami bekerja keras dan ia langkah yang amat penting. Kami sedar cabaran yang menanti kami di bawah pengurus baru dan beliau sudah menunjukkan karakter sebenarnya sejak sesi latihan pertama lagi. 

"Apa yang kami tahu adalah kami perlu bekerja secara maksimum sejak hari pertama lagi kerana matlamat kami adalah untuk berjuang meraih kedudukan teratas."



 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen