Suarez kembali beraksi sejurus saingan LaLiga bersambung

Oleh Ammar Hakim 23 Mac 2020 103
Suarez kembali beraksi sejurus saingan LaLiga bersambung
Bintang Barcelona, Luis Suarez, berkata dia akan kembali beraksi apabila saingan LaLiga bersambung selepas berakhirnya penularan wabak koronavirus.

Suarez diketepikan sejak menjalani pembedahan lutut Januari lalu -- kecederaan yang sepatutnya menyaksikan dia terlepas baki musim ini.

Bagaimanapun, saingan LaLiga ditangguh ekoran COVID-19 dan pemain veteran Barca itu dijangka pulih dan kembali cergas sejurus liga bersambung.
 
"Penampilan semula saya kelihatan cerah dan proses pemulihan berada di tahap terbaik," kata Suarez, yang menjaringkan 14 gol bagi musim 2019-20, kepada Referi.

"Doktor saya telah memberitahu keadaan saya semakin baik dan ia memberikan harapan untuk saya segera kembali ke beraksi."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Todos juntos y cumpliendo con lo que nos piden saldremos adelante!!!!! #yomequedoencasa #fuerzaatodos 💪🏻💪🏻

A post shared by Luis Suarez (@luissuarez9) on


Suarez berkata lagi, "Jangkaan awal adalah kembali bermain Mei ini, tetapi selepas pertemuan dengan doktor, dia memberitahu saya mungkin kembali beraksi dengan lebih awal."

Lebih daripada 13,000 orang meninggalkan dunia di seluruh dunia ekoran penularan Koronavirus.

Di Sepanyol, terdapat 1,300 kematian selepas 26,000 kes yang disahkan positif.
 


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen