United Malaysia buka klinik bola sepak

Oleh Willie Jude 12 Februari 2019 603
United Malaysia buka klinik bola sepak
Kelab penyokong Manchester United atau United Malaysia kini membuka klinik bola sepak dikenali sebagai Klinik Bola Sepak United Malaysia (UMFC) yang berpusat di Penampang, Sabah.

Presiden United Malaysia, Batholomew Jingulam, berkata, klinik itu, yang mula diadakan pada awal bulan ini, terbahagi kepada dua kategori, iaitu umur 8 hingga 12 tahun serta 13 hingga 15 tahun.

Klinik berkenaan diadakan di Padang B, Kompleks Sukan Penampang bermula jam 2 hingga 4 petang dan setakat ini, UMFC telah menerima pendaftaran 65 peserta.

"Antara tujuan utama UMFC ditubuhkan ialah bagi mendedahkan bola sepak kepada kanak-kanak dan remaja dengan latihan yang betul selain bagi menggalakkan gaya hidup sihat.

"Selain itu, UMFC juga mempunyai matlamat bagi melahirkan bakat bola sepak yang boleh mewakili negeri pada satu hari nanti selain berpeluang untuk berlatih di Akademi Manchester United," katanya.

Akademi berkenaan dipimpin oleh Jeremy Wong sebagai pengerusi dengan dibantu oleh Christopher Bolong.

Sementara itu, Jeremy dan Christopher juga sebagai jurulatih di UMFC bersama-sama dengan jurulatih lain iaitu Bryan Spencer Faurillo, Mark Jikiun, Fynn Floyd Wong, Melvin J Bedion, Arman Duilah, Farish Aziz Marcellinus Bungkilan, William Binidi manakala Adam Suleiman bertindak sebagai ketua jurulatih.

Untuk sebarang pertanyaan termasuk mengenai yuran boleh menghubungi Jeremy di nombor 012-7278401, Adam (013-3428258), Chris (010-8296232) atau Mark (019-8325972).

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen