Valverde puji Martinez

Oleh Staff Writer 10 Disember 2019 225
Valverde puji Martinez
Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde, berkata Lautaro Martinez seorang pemain yang hebat ketika bintang Inter Milan itu dikaitkan untuk menyertai pasukan juara LaLiga berkenaan.

Penyerang Inter itu dilaporkan menjadi sasaran utama Barca, yang sedang mencari pengganti Luis Suarez untuk jangka panjang.

Martinez menjaringkan 13 gol dalam kesemua kejohanan musim ini, termasuk satu ketika bertandang ke laman Barca dalam Liga Juara-Juara Eropah, 2 Oktober lalu.

Pemain kebangsaan Argentina berusia 22 tahun itu akan sekali lagi akan bertemu Barca ketika Inter melayani kunjungan pasukan gergasi Sepanyol berkenaan di Milan awal pagi esok.

Ditanya mengenai Martinez menjelang perlawanan itu, Valverde, yang pasukannya sudah layak ke pusingan 16, memberitahu wartawan: "Dia pemain yang hebat dan dia sedang berada dalam musim yang hebat.

"Dia pantas dan kuat.

"Dia menjaringkan gol yang hebat dalam perlawanan pertama di Camp Nou.

"Saya sedar dia amat selesa dengan (Romelu) Lukaku, mereka telah menemui mekanisme terbaik untuk membantu Inter.

"Untuk membandingkan Lautaro dengan Luis Suarez, mereka agak berbeza tetapi kedua-duanya dilahirkan untuk menjaringkan gol.

"Tetapi Inter mempunyai ramai pemain yang baik, Lautaro, Lukaku, (Milan) Skriniar..," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen