Van Dijk tinggalkan skuad Belanda atas alasan peribadi

Oleh Staff Writer 18 November 2019 2363
Van Dijk tinggalkan skuad Belanda atas alasan peribadi
Virgil van Dijk telah dilepaskan daripada skuad Belanda yang bakal berdepan Estonia atas alasan peribadi.

Pertahanan tengah Liverpool itu menyempurnakan 90 minit Sabtu lalu ketika skuad kendalian Ronald Koeman itu seri tanpa jaringan dengan Ireland Utara, memastikan slot ke Euro 2020 dengan berbaki satu lagi perlawanan.

Kedudukan teratas Kumpulan C masih lagi berpeluang dirampas oleh Belanda dan Jerman menjelang aksi berdepan Estonia di Arena Johan Cruijff esok manakala skuad kendalian Joachim Low itu berdepan Ireland Utara.

"Ketua jurulatih, Ronald Koeman, tidak dapat menurunkan Virgil van Dijk dalam aksi berdepan Estonia esok," menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Diraja Belanda (KNVB). 

"Kapten skuad Belanda itu bakal terlepas aksi esok atas alasan peribadi sejak meninggalkan kem latihan The Oranje."

Aksi Van Dijk seterusnya bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, adalah kunjungan ke Crystal Palace, Sabtu ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen