Nigel Pearson akan mengetuai Watford dalam misi mengelakkan daripada tergelincir selepas kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pengurus The Hornets.
Ernesto Valverde tidak akan berasa gusar dengan persaraan Lionel Messi dalam masa terdekat selepas bintang Barcelona berkenaan mencadangkan dia mula mempertimbangkan kariernya setelah meraih gelaran Ballon d'Or yang keenam, awal minggu ini.
Pep Guardiola mengakui terkejut dengan jurang di antara Manchester City dan Manchester United sejak dia mengambil alih jawatan pengurus di Stadium Etihad.
INTER 0 ROMA 0 Antonio Conte menyeru peminat Inter agar kembali menyorak pasukannya dan kecewa mendengar ejekan mereka ketika seri 0-0 dalam aksi menentang dalam pertembungan Serie A, awal pagi tadi.
Pengendali Terengganu FC (TFC), Mohd Nafuzi Zain, tidak bercadang mendapatkan pemain lain selepas tewas dalam perebutan mendapatkan Nor Hakim Hassan.
Bekas penjaga gol skuad Piala Presiden Sabah, Tekson Tubeng, akan beraksi dengan kelab Liga Super Brunei, Indera SC, musim depan.
Pengurus Belanda, Ronald Koeman, menolak spekulasi yang mengaitkannya dengan gergasi LaLiga, Barcelona.
Roma dan Milan telah mengharamkan Corriere dello Sport membuat liputan di tempat latihan mereka dan memberitahu pemain supaya tidak bercakap dengan akhbar itu sepanjang tahun ini.
Ejen kepada Gareth Bale mengatakan bahawa pemain Wales itu tidak pernah meminta untuk meninggalkan Real Madrid walaupun dia "tidak gembira" di kelab itu.
Pengurus, Diego Simeone, menyangkal cadangan bahawa dia telah kehilangan penguasaan di dalam bilik persalinan Atletico Madrid.
Carlo Ancelotti dipecat oleh Napoli biarpun kelab Serie A itu layak ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.
Pep Guardiola mempersoalkan kemampuan Manchester City sama ada mampu bersaing dengan Liverpool, Barcelona dan Real Madrid.
WEST HAM 1 ARSENAL 3 Freddie Ljungberg berasakan faktor kepercayaan menjadi kunci Arsenal mengubah nasib mereka untuk menamatkan kemarau tujuh perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan West Ham 3-1 di Stadium London awal pagi tadi.
Tuan rumah, Keningau layak ke final bola sepak Sukan Sabah (SAGA) 2019 selepas menewaskan Kota Kinabalu 4-3 dalam aksi separuh akhir penuh debaran di Stadium Keningau, petang tadi.
Jurgen Klopp mendedahkan beliau sentiasa memberi jaminan kepada Naby Keita sebelum pemain tengah itu diberi peluang memperkuatkan Liverpool ketika menghadapi Bournemouth.
Eden Hazard bakal terlepas pertembungan 'El Clasico' pada 19 Disember ini selepas Real Madrid mengesahkan dia mengalami keretakan kecil di pergelangan kakinya.
MANCHESTER CITY 1 MANCHESTER UNITED 2 Ole Gunnar Solskjaer memuji prestasi Fred susulan kemenangan 2-1 Manchester United ke atas musuh setempat, Manchester City, dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Pelantikan Jose Mourinho di Tottenham mendapat restu Jose Bosingwa yang mengatakan bola sepak memerlukan bekas pengurus Chelsea itu.
Pep Guardiola berikrar bahawa Manchester City tidak akan menyerah dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun tercicir 14 mata di belakang pendahulu, Liverpool.