Saya belum temui pengganti -- Dhaarma

Oleh Staff Writer 12 Julai 2019 964
Saya belum temui pengganti -- Dhaarma
Pengendali skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah, mengakui memerlukan masa untuk mencari pelapis yang setanding dengan kebolehan tonggak utama seperti Siti Noor Amarina Ruhani dan Juliani Mohamad Din dalam membentuk skuad yang menyasarkan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Ia susulan faktor umur kapten pasukan dan pertahanan itu yang semakin meningkat, malah bakal mencecah usia hampir 40 tahun menjelang 2024.

Bagaimanapun, pengendali itu optimis mampu merangka perancangan jangka masa panjang buat skuad The Malaysian Tigress agar tidak lagi terlepas pungutan mata penting.

"Saya cuba sedaya-upaya untuk pasukan bagi mencari pemain muda dan mengisi kekosongan tetapi terus terang, saya masih belum menemuinya," katanya.

Sementara itu, Dhaarma berterima kasih kepada Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Profesor S. Shamala, kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk membentuk pasukan lebih cemerlang.

Ketika ini, ranking Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) yang akan dikemaskini pada hujung bulan depan menjadi penentu nasib skuad negara untuk merebut tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Bersyukur apabila diberi kepercayaan oleh Datuk Shamala kepada saya untuk membuat perancangan serta persiapan menuju Sukan Asia 2022, Sukan Komanwel 2022 serta Piala Dunia," tambah Dhaarma.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen