Sukan Olimpik Remaja 2022: KHM mula langkah pertahan emas hoki lima sepasukan 

Oleh Shaiful Shamsudin 7 Mac 2020 181
Sukan Olimpik Remaja 2022: KHM mula langkah pertahan emas hoki lima sepasukan 
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) sudah mula merangka pelan mempertahankan pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2022 di Dakar, Senegal.

Skuad hoki lima sepasukan negara akan turun dengan status berbeza berbanding dalam kempen di Buenos Aires, Argentina, dua tahun lalu apabila akan turun dengan reputasi selaku juara bertahan di Dakar kelak.

Biarpun Malaysia merupakan sebuah negara hoki sejak sekian lama, namun untuk perkembangan hoki lima sepasukan dianggap masih baru.

Justeru, menerusi Program Seminar Pengenalan dan Hala Tuju Hoki Lima Sepasukan oleh KHM hari ini, ia dilihat pelantar terbaik untuk mencungkil lebih banyak bakat baru serta memberi pengenalan kepada jurulatih tempatan dalam aspek teknikal cabang hoki ini.

"Acara ini masih dianggap baru.

"Ia satu saingan yang menarik dan satu langkah yang baik.

"Kami masih belum terlambat (untuk mengetengahkannya dengan lebih meluas) dan yang penting kami dapat membangunkan sukan ini," kata ketua jurulatih hoki remaja negara, Wallace Tan, di Pejabat KHM, Bukit Jalil, hari ini.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen