Olahraga: Hakimi perbaharui rekod temasya

Oleh Staff Writer 23 Ogos 2017 3969
Olahraga: Hakimi perbaharui rekod temasya
Hakimi Ismail menyumbangkan emas kelima skuad olahraga negara selepas mengungguli acara lompat kijang di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Hakimi membuat lompatan 16.77 meter dalam percubaan keenam dan terakhirnya untuk memadam rekod kejohanan miliknya sendiri, iaitu 16.66m yang dilakarnya di Singapura, dua tahun lalu.

Pingat perak menjadi milik atlet Filipina, Mark Harry Diones dengan catatan 16.63m sementara atlet Thailand, Pratchaya Tepparak, membawa pulang gangsa dengan lompatan 16.37m.

Atlet kelahiran Perak itu melakukan lompatan pertama 16.45m, diikuti 16.67m, dibatalkan pada lompatan ketiga, 16.74m, dibatalkan pada lompatan kelima dan dan terakhir 16.77m.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Nik Fariezal Erman Nik Abdul Hadi, menamatkan saingan di tangga keenam.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur  2017 secara langsung dan percuma di Astro  Go.

Kredit foto:
Media MASOC

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen