Olahraga: Irfan pertahan emas lempar cakera 

Oleh Staff Writer 22 Ogos 2017 1895
Olahraga: Irfan pertahan emas lempar cakera 
Mohd Irfan Shamsuddin mempertahankan pingat emas acara lempar cakera selepas meraih catatan tertinggi, 58.36 meter, pada hari pertama acara olahraga Sukan SEA Ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Catatan itu adalah lebih baik berbanding emas yang dimenanginya di Singapura dua tahun lalu, iaitu 56.62m.

Dalam Sukan SEA 2013 di Naypyidaw, Irfan juga meraih emas selepas melakukan lemparan sejauh 53.16m.

"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang datang menyokong. Saya bersyukur kerana berjaya mempertahankan emas.

"Tetapi, sayangnya saya tidak dapat memecahkan sebarang rekod. Secara jujurnya, lima hari sebelum hari pertandingan, pergelangan kaki saya terseliuh," kata Ifran yang juga pemegang rekod kebangsaan, 61.10m.

"Saya tidak mahu menghebohkannya. Begitupun, saya tetap cuba memberikan yang terbaik. Ada hikmah apa yang terjadi."

Ia adalah emas pertama ditawarkan dalam sukan olahraga KL2017, dengan hanya tiga peserta mengambil bahagian bagi acara lempar cakera, termasuk seorang lagi atlet negara, Abdul Rahman Lee, yang meraih gangsa (44.80m).

Pingat perak dimenangi peserta Thailand, Narong Benjaroon (50.65m).

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen