Olahraga: Khairul Hafiz terpantas ke final

Oleh Staff Writer 22 Ogos 2017 19604
Olahraga: Khairul Hafiz terpantas ke final
Pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, mara ke final acara 100 meter Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas muncul pelari terpantas dalam peringkat separuh akhir, hari ini.

Khairul Hafiz melakukan catatan masa 10.34 saat, sekaligus mendahului senarai lapan peserta yang mara ke final yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Turut mencuri tumpuan ialah penyandang juara, Eric Shauwn Cray, yang turut ke final selepas memenangi saringan separuh akhir pertama dengan catatan masa 10.58s.

Seorang lagi pelari negara, Jonathan Nyepa, yang menduduki tempat kedua dalam saringan bersama Cray, juga layak. Sementara itu, pelari pecut wanita, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Siti Fatimah Mohamad, turut layak ke final acara 100m wanita. Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.‚Äč

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen