Sukan SEA: Ing Yueh belum capai tahap terbaik

Oleh Staff Writer 2 Ogos 2017 161
Sukan SEA: Ing Yueh belum capai tahap terbaik
Atlet gimnastik negara, Tan Ing Yueh, melabel aksinya masih bukan di tahap terbaik meskipun mendominasi dua acara dalam ujian simulasi yang diadakan hari ini.

Ing Yueh mencuri tumpuan apabila berjaya mendominasi acara batang titian dengan jumlah 13.05 mata dan 13.35 mata bagi acara senaman lantai.

Namun, pemenang pingat emas Sukan SEA 2015 ini tetap tidak puas dengan prestasinya apabila menganggap mampu melakukan lebih baik daripada itu.

Prestasi sebenar hanya ingin ditampilkannya di pentas Sukan SEA dan menganggap ini sebahagian daripada penilaian untuknya terus memperbaiki mata.

"Terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan dalam sesi ujian. Saya percaya mampu memberikan yang terbaik dalam Sukan SEA nanti," kata Ing Yueh.

Seorang lagi gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi juga merupakan tonggak utama penyumbang pingat emas bagaimanapun menampilkan aksi kurang menyengat apabila sekadar mengumpul 12.00 mata bagi batang tititan dan 12.25 mata untuk senaman lantai.

Dia menegaskan bahawa itu bukan sesuatu yang perlu dikhuatiri kerana menyifatkan hanya kepenatan menjadi faktor kegagalannya untuk beraksi dengan baik.

"Saya gagal memberikan yang terbaik pada hari ini. Saya mengganggap ini sebagai pengajaran buat saya bagi mengelak daripada melakukan kesilapan di Sukan SEA," kata Farah Ann.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen