Sukan SEA: Skuad olahraga terkejut isu Komalam

Oleh Staff Writer 9 Ogos 2017 3821
Sukan SEA: Skuad olahraga terkejut isu Komalam
Tindakan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menggugurkan pelari pecut, S. Komalam Shally, daripada skuad negara mengejutkan seluruh kem olahraga kebangsaan ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hanya berbaki sembilan hari lagi.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menjejaskan persiapan skuad negara yang masih komited dengan sasaran meraih enam pingat emas.

Menurut pelari pecut, Khairul Hafiz Jantan, serta atlet baling tukul besi kebangsaan, Jacky Wong, mereka masih mampu mengekalkan fokus sambil menyifatkan isu itu sebagai pengajaran berguna buat semua.

"Jurulatih sentiasa berpesan supaya menjaga disiplin kerana Sukan SEAsemakin dekat selain faktor kecederaan.

"Itu semua perlu diambil kira sebab masa semakin suntuk.

"Kami perlu berhati-hati," ujar Khairul Hafiz. 

"Tidak kira atlet di peringkat sekolah, negeri atau negara perlu sentiasa berdisiplin, tidak kira di luar dan di dalam padang,” tambah Jacky.

Nada sama turut disuarakan oleh atlet lompat jauh, Abdul Latif Romly, yang menegaskan semangat berpasukan kini menjadi kunci utama demi melakar kejayaan di pentas temasya dwitahunan itu.

"Sebenarnya saya agak terkejut juga dengan pengguguran rakan sepasukan.

"Sebagai atlet, kami perlu berdisiplin. Lebih-lebih lagi ketika Sukan SEA semakin dekat,” katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen