Aston Villa ikat Samatta

Oleh Staff Writer 21 Januari 2020 376
Aston Villa ikat Samatta
Aston Villa menandatangani penyerang baru, Mbwana Samatta, dengan kontrak empat setengah tahun.

Penyerang itu tiba di Villa Park daripada kelab Belgium, Genk, untuk pasukan yang sedang bergelut dengan penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memiliki pemain yang amat-amat diperlukan.

Bekas penyerang Club Brugge, Wesley Moraes, yang menyertai Villa dengan perpindahan yang dilaporkan bernilai £22 juta (RM116.14 juta) Jun lalu, dilanda kecederaan ligamen lutut ketika menewaskan Burnley pada malam tahun baru.

Samatta diharapkan dapat mengisi kekosongan itu selepas menghasilkan 10 gol daripada 28 penampilan dalam kesemua kejohanan buat Genk musim ini.

Penyerang kebangsaan Tanzania itu dilaporkan menyertai Villa dengan perpindahan bernilai £10 juta (RM52.79 juta).




Editor: Muzaffar Musa

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen