Aubameyang bidas persoalan pelantikan kapten Arsenal

Oleh Staff Writer 12 November 2019 835
Aubameyang bidas persoalan pelantikan kapten Arsenal
Pierre-Emerick Aubameyang membidas dakwaan yang mempersoalkan pelantikannya selaku kapten Arsenal.

Aubameyang menggantikan Granit Xhaka selaku kapten di Stadium Emirates minggu lalu tatkala Arsenal -- yang dikendalikan oleh Unai Emery -- kini berada di bawah tekanan.

Bagaimanapun, The Athletic melaporkan pelantikan penyerang itu sebagai ketua pasukan telah menerima reaksi berbeza di dalam kelab sambil hubungannya dengan saluran Youtube, AFTV, menjadi buruk.

Aubameyang, yang kini dalam tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Gabon, menafikan laporan itu menerusi laman Instagram peribadinya semalam.

"Saya baru tiba di Gabon dan mendengar banyak perkara buruk," katanya.

"Saya bercakap dengan sesiapa sahaja, bila-bila masa yang saya mahu dan jika seseorang tidak gembira, anda pasti tahu."

Arsenal kini menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris, dibezakan lapan mata dengan kelompok empat teratas, dan gagal meraih kemenangan dalam lima perlawanan terakhir bagi semua kejohanan.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen