Covid-19: Sumbangan RM1.4 juta De Gea dihargai Madrid

Oleh Nafis Abdullah 27 Mac 2020 494
Covid-19: Sumbangan RM1.4 juta De Gea dihargai Madrid
Presiden Komuniti Madrid, Isabel Diaz Ayuso, mengucapkan terima kasih kepada David de Gea ata bantuannya memerangani coronavirus selepas penjaga gol Manchester United itu dilaporkan menyumbangkan EUR300,000 (RM1.4 juta).

Sepanyol teruk dilanda wabak itu selepas melibatkan lebih 57,700 kes dan 4,365 kematian.

Pemain kelahiran Madrid, De Gea, dilaporkan menyumbangkan RM1.4 juta kepada Komuniti Madrid dan Ayuso mengucapkan terima kasih kepada bintang Sepanyol itu.

"Terima kasih @D_DeGea!" katanya dalam laman Twitter.

"Bantuan anda  buat @comunidadmadrid akan menjadi kunci memerangi COVID-19.

"Sangat bersyukur dan kami berbangga dengan anda."

Terdapat lebih 529,000 kes di seluruh dunia melibatkan hampir 24,000 kematian.

Ia juga memberikan kesan kepada sukan tatkala United yang diwakili De Gea menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris ketika ia ditangguhkan.
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen