Covid-19: Zaha tawar penempatan buat petugas kesihatan 

Oleh Ammar Hakim 21 Mac 2020 542
Covid-19: Zaha tawar penempatan buat petugas kesihatan 
Penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha, menawarkan penempatan kepada petugas kesihatan yang bertungkus-lumus mengatasi penularan wabak Covid-19.

Zaha dan Obi Williams merupakan pemilik bersama ZO Properties, yang mempunyai sekitar 50 buah rumah di London.

Bekas bintang Manchester United, Zaha, menggesa petugas kesihatan yang memerlukan tempat berteduh ketika tidak berkerja boleh menghubunginya.
 

Rakan perniagaannya, Williams memberitahu kepada The Standard : "Saya telah melihat berita mengenai penularan Covid-19, saya mempunyai kawan yang mempunyai ahli keluarga yang bertindak sebagai petugas kesihatan dan mereka sangat menakjubkan.

"Jika terdapat apa-apa yang boleh kami bantu semestinya ia akan dihulurkan. Kini tiba masanya untuk semua orang, sesiapa sahaja menghulurkan bantuan.
"Sesiapa yang memiliki bilik yang kosong di London, mereka perlu melakukan sesuatu. Ia amat diperlukan ketika ini bagi membantu mereka yang berusaha untuk mengatasi penularan wabak ini."

Bekas gantingan United, Gary Neville dan Ryan Giggs, minggu ini turut menawarkan bilik hotel percuma kepada petugas kesihatan.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen