Dikaitkan ke Real Madrid tidak jejas fokus Sterling

Oleh Staff Writer 17 Februari 2020 232
Dikaitkan ke Real Madrid tidak jejas fokus Sterling
Raheem Sterling tetap fokus kepada Manchester City, menurut ejennya di sebalik laporan yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Madrid.

Spekulasi mengenai masa depan beberapa pemain City semakin meningkat berikutan penggantungan dua musim ke atas juara liga musim lalu itu dalam Liga Juara-Juara Eropah berhubung "pelanggaran serius" peraturan-peraturan Financial Fair Play (FFP) walaupun mereka menafikan sebarang salah laku dan berhasrat untuk membuat rayuan.

Sterling, yang memeterai kontrak di City hingga 2023, dilaporkan menjadi idaman gergasi LaLiga itu.

Bagaimanapun, ejen kepada pemain berusia 25 tahun itu, Aidy Ward, berkata tumpuan Sterling tetap terarah kepada kelab Inggeris berkenaan.

"Raheem hanya menumpunkan perhatiannya kepada Manchester City dan pada masa ini tidak akan terganggu dengan sebarang spekulasi perpindahan," katanya kepada Mirror dan Daily Mail.

Sterling, yang diikat City daripada Liverpool pada 2015, telah menyumbangkan 20 gol dalam 35 perlawanan musim ini tetapi sedang diketepikan ekoran kecederaan hamstring.

Editor: Shaiful Shamsudin

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen