EPL? LaLiga pun saya tidak kisah -- Sancho

Oleh Staff Writer 3 September 2019 1380
EPL? LaLiga pun saya tidak kisah -- Sancho
Bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho, berkata dia "tidak kisah" dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) sementara membincangkan kemungkinan meraih pengalaman dalam saingan LaLiga pada masa akan datang.

Sancho telah dikaitkan dengan Manchester United selepas memahat namanya sebagai salah seorang pemain sasaran kelab gergasi Eropah sejak menyertai Dortmund daripada Manchester City pada 2017.

Ole Gunnar Solskjaer berazam untuk membawa Sancho ke United sebelum musim 2019-20 bermula dan The Red Devils dilaporkan meletakkan sasaran untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 19 tahun itu pada penghujung musim ini.

Ketika Sancho mahu memenangi Bundesliga dengan Dortmund, bekas pemain City itu membayangkan akan kembali ke England dan mungkin berhijrah ke Sepanyol.

"Saya tidak dapat memberitahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang," kata Sancho kepada Sky Sports.

"Ke England boleh, beraksi dalam LaLiga juga saya tidak kisah. 

"Saya tidak bermaksud mahu mendapatkan perhatian media, saya cuba untuk fokus kepada permainan saya."

Sancho telah mencetak sejarah di dalam saingan Bundesliga musim ini -- jaringannya ke-15 dalam saingan liga menjadikannya pemain termuda mencapai bilangan tersebut.

Dia meledak 12 gol dan melakukan 14 bantuan jaringan ketika Dortmund menamatkan saingan musim lalu di tempat kedua.

"Saya sangat gembira kerana dapat beraksi, itu keutamaan saya," kata Sancho.

"Saya hanya mahu membantu pasukan dan menimba pengalaman baru setiap kali turun beraksi.

"Kami mengharungi permulaan yang terbaik. Saya sangat gembira kerana dapat menjaringkan dua gol dan tiga bantuan jaringan setakat ini. Saya mahu meneruskan momentum ini."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen