Fernandes pemain terbaik United bulan Mac

Oleh Ammar Hakim 22 Mac 2020 163
Fernandes pemain terbaik United bulan Mac
Bruno Fernandes telah menambah anugerah Pemain Terbaik Manchester United bagi bulan Mac sejak tiba di Old Trafford.

Pemain kebangsaan Portugal itu, yang berhijrah ke United dengan yuran perpindahan bernilai EURO55 juta (RM260 juta) dari Sporting CP Januari lalu, mempamerkan aksi cemerlang buat Red Devils dan telah dinobat sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) bulan Februari.

Sejak dia menjaringkan gol kedua dalam saingan EPL ketika United seri Everton dan melakukan bantuan jaringan ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Manchester City dan merekodkan kemenangan 5-0 dalam saingan Liga Europa (UEL) ke atas LASK.

Pemain berusia 25 tahun itu telah meledak tiga gol dalam sembilan perlawanan buat United dan mengatasi persaingan daripada Odion Ighalo, Harry Maguire dan Fred untuk terpilih sebagai Pemain Terbaik United bulan Mac.
Jaringan Fernande berdepan Everton merupakan yang pertama buat kelab melalui permainan terbuka dan dia merupakan tunjang di sebalik persembahan berkualiti United di Goodison Park.

Selepas mendapatkan kepercayaan dengan kualitinya beraksi di Old Trafford, dia mengukuhkan lagi kedudukannya dalam kalangan peminat dengan satu lagi aksi cemerlang ketika berdepan City, mengumpan unutk Anthony Martial meledak gol pembukaan selepas 30 minit waktu permainan.

Hantaran buat Ighalo meledak gol pembukaan ke atas LASK merupakan paling diingati, dan sebelum pandemik koronavirus memaksa pemain tengah itu terus tampil cemerlang dalam membantu United bangkit musim ini.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen