Foden mahu contohi cara Silva

Oleh Staff Writer 11 Oktober 2018 605
Foden mahu contohi cara Silva
Pemain muda Manchester City, Phil Foden, mendedahkan bahawa David Silva merupakan sumber inspirasi utama buatnya dalam bola sepak dan berhasrat mengikut jejak langkah pemain dari Sepanyol itu di England.

Foden disebut-sebut sebagai bintang masa depan City dan kini telah menerima panggilan skuad England B-21 buat kali pertama untuk aksi kelayakan Kejohanan Eropah berdepan Andorra dan Scotland.

Pemain berusia 18 tahun itu melakukan lima penampilan dalam semua kejohanan buat skuad kendalian Pep Guardiola itu musim ini dan berusaha keras untuk mengesahkan tempat dalam skuad juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu tetapi mendedahkan dia berpeluang untuk belajar daripada salah seorang pemain terbaik ketika sesi latihan.

Apabila ditanya mengenai inspirasi utamanya dalam bola sepak, dia memberitahu Sky Sports: "David Silva, saya melihatnya sejak tiba di City.

"Dia adalah seorang pemain hebat untuk kami dan saya menikmati permainan yang ditampilkannya."

Apabila ditanya adakah dia akan mengikut cara pemain berusia 32 tahun itu, dia menambah: "Ya, sudah tentu.

"Saya melihat permainannya secara teliti, dia seorang pemain hebat dan seseorang yang ingin saya ikuti pada masa depan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen