Kepa belum berada di tahap Courtois, kata Sarri 

Oleh Staff Writer 11 Ogos 2018 2565
Kepa belum berada di tahap Courtois, kata Sarri 
Peminat Chelsea tidak sepatutnya mengharapkan Kepa Arrizabalaga berada di tahap Thibaut Courtois dengan segera, kata bos skuad The Blues, Maurizio Sarri.

Kepa selesai melakukan perpindahan rekod dunia bernilai £71.6 juta (RM373 juta) daripada Athletic Bilbao semalam sebagai pengganti Courtois yang menyertai Real Madrid.

Pemain berusia 23 tahun itu menandatangani perjanjian selama tujuh tahun di Stamford Bridge dan dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di dunia.

Bagaimanapun, Sarri berusaha menurunkan jangkaan tinggi terhadap pemain baru itu, dengan menegaskan Kepa -- yang boleh membuat penampilan pertama menentang Huddersfield Town malam ini -- masih banyak yang perlu dilakukan sebelum dia dapat mencapai tahap Courtois.

"Bukan pada masa ini," katanya ketika ditanya sama ada dia boleh menjadi sebaik bekas penjaga gol Chelsea itu.

"Pasti bukan pada masa ini tetapi dia sangat muda, saya fikir.

"Jadi, saya berharap dia dapat bertambah baik dengan cepat tetapi buat masa ini dia bukan Courtois, sudah tentu.

"Kami kehilangan salah seorang penjaga gol paling penting di dunia tetapi kami membeli penjaga gol yang baik, saya fikir dia salah seorang yang paling penting dalam kalangan penjaga gol muda di Eropah, jadi saya sangat gembira."

Mateo Kovacic tiba di Stamford Bridge secara pinjaman dari Madrid dan Sarri percaya pemain antarabangsa Croatia itu dapat memberikan pasukannya sesuatu yang berbeza.

"Saya rasa dia mempunyai ciri-ciri untuk kami," katanya. "Kovacic adalah pemain yang sangat teknikal.

"Dia mampu bermain di antara barisan lawan, bagi kami yang mungkin sangat penting."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen