Klopp lahirkan simpati buat Guardiola atas hukuman UEFA

Oleh Staff Writer 16 Februari 2020 1576
Klopp lahirkan simpati buat Guardiola atas hukuman UEFA
Jurgen Klopp melahirkan simpati terhadap Pep Guardiola dan barisan pemain Manchester City selepas Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengenakan hukuman penggantungan pertandingan Eropah selama dua musim ke atas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

City segera mengumumkan hasrat mereka untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebaik hukuman tersebut diumumkan semalam -- berkaitan pelanggaran peraturan-peraturan Fair Play Kewangan (FFP) di antara 2012 dan 2016.

Pengurus Liverpool itu terlibat dalam persaingan sengit dengan City musim lalu bagi merebut kejuaraan liga apabila dipisahkan dengan satu mata, namun kemenangan 1-0 di Norwich City, awal lagi tadi, mengukuhkan lagi cengkaman mereka di puncak dengan 25 mata.

Bagaimanapun, persaingan sengit mereka itu mungkin berakhir seandainya sekatan terhadap City diteruskan sehingga memaksa mereka untuk membina semula pasukan di Stadium Etihad.


Welcome back, Sadio 🥰 pic.twitter.com/HzMKhSu3lf
— Liverpool FC (@LFC) February 15, 2020


Guardiola dan Klopp pernah bersaing ketika masing-masing menerajui Bayern Munich dan Borussia Dortmund dalam saingan Bundesliga, sehubungan itu pengurus The Reds tersebut menyatakan kekagumannya terhadap rakan sejawatannya dari Catalan berkenaan sejurus wisel penamat ditiupkan Carrow Road.

"Ini adalah satu kejutan apabila hukuman itu diumumkan. 'Wah, apakah itu?' katanya kepada Sky Sports.

"Saya meminati bola sepak, saya hanya boleh bercakap mengenai bola sepak dan apa yang dilakukannya di England adalah sesuatu yang luar biasa.

"Perkara selebihnya yang lain saya tidak tahu. Pada masa ini, saya dapat membayangkan ia benar-benar sukar bagi orang-orang sukan untuk memahaminya.

"Anda mempercayai pihak-pihak yang bekerjasama dengan anda tetapi kemudian ada pihak yang melihatnya secara berbeza.

"Saya benar-benar bersimpati terhadap Pep dan pemain-pemainnya. Ini kesalahan pertama mereka, mereka akan merayu dan kita akan lihat apakah yang akan berlaku kemudian.

"Ini jelas satu kesalahan yang serius kerana UEFA tidak akan bertindak seperti itu. Corak permainan City adalah luar biasa dan masih luar biasa."

Editor: Shaiful Shamsudin 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen