Klopp puji kaedah membosankan Deschamps untuk Perancis 

Oleh Staff Writer 15 Ogos 2018 3884
 Klopp puji kaedah membosankan Deschamps untuk Perancis 
Didier Deschamps patut dipuji kerana membawa Perancis meraih kegemilangan dalam Piala Dunia Russia, kata Jurgen Klopp -- biarpun pendekatannya kadang-kadang menghasilkan permainan yang "membosankan".

Les Bleus memenangi kejuaraan dunia kedua dengan kemenangan 4-2 ke atas Croatia di Moscow bulan lepas dengan Antoine Griezmann, Paul Pogba dan Kylian Mbappe kesemuanya menemui sentuhan penyudah.

Kemenangan 4-3 menentang Argentina dalam pusingan 16 dilabel sebagai aksi terbaik kejohanan tetapi di sudut lain, Deschamps menerapkan gaya membosankan di sebalik memiliki rangkaian serangan yang ramai. 

Klopp, bagaimanapun, menegaskan bahawa jurulatih itu patut menerima pujian berlandaskan pelan yang berjaya.

"Perancis memiliki pemain yang tepat dan taktik yang betul," kata pengurus Liverpool tersebut dalam temu bual bersama France Football. 

"Didier Deschamps mengetengahkan kaedah lain dengan pasukan itu dengan membiarkan mereka beraksi dengan membuat seluruh planet ini menjadi saksi keindahan bola sepak Perancis.

"Tetapi, beliau menunjukkan kematangan yang hebat. Beliau menenang dan mendisiplinkan semua pemain sungguhpun kadang-kadang membuatkan perlawanan agak membosankan.

"Tugas seorang jurulatih adalah menggunakan kualiti pasukannya dengan cara terbaik," ujarnya.

Perancis akan kembali beraksi apabila bakal berkunjung ke Munich untuk menghadapi Jerman dalam perlawanan pembukaan Liga Negara-Negara UEFA pada 6 September depan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen