Klopp puji pengaruh Matip di Liverpool

Oleh Staff Writer 19 Julai 2019 1469
Klopp puji pengaruh Matip di Liverpool
Jurgen Klopp percaya pengaruh Joel Matip dalam membantu julangan trofi Liga Juara-Juara Eropah buat Liverpool masih belum cukup diiktiraf.

Pemain pertahanan itu merupakan watak utama di bahagian benteng Liverpool bersama-sama Virgil van Dijk dalam separuh kedua musim lalu dengan membantu The Reds menjadi juara Eropah selepas menamatkan saingan sengit dalam Liga Perdana Inggeris di belakang Manchester City.

Prestasi yang ditunjukkan Van Dijk itu telah meletakannya sebagai antara pertahanan terbaik di dunia.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai Van Dijk dalam sidang media menjelang perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund esok, Klopp berkata: "Saya memikirkan segala-galanya tentang dia seperti yang telah dikatakan ramai, tentang lelaki seperti apakah dia, tentang pemain seperti apakah dia, namun tidak ramai yang bercakap mengenai impak yang dibawa Joel Matip dalam satu pertiga terakhir musim lalu.

"Saya tidak nampak ramai pertahanan tengah di dunia yang lebih baik dalam tempoh itu, 100 peratus, hampir tiada kesilapan.

"Virgil pemain tetap dalam sembilan perlawanan terkahir dan ia sentiasa baik apabila melihatnya di sana.

"Dia mengaturkan banyak perkara di atas padang.

"Dia pemain hebat dan pembelian yang berbaloi," katanya.

Impak yang dibawa James Milner dalam bilik persalinan Liverpool amat jelas dan walaupun Klopp berasakan pemain berusia 33 tahun itu masih mampu memberikan sumbangan sebagai pemain, dia bersedia untuk memberikan peluang buat bekas pemain kebangsaan England itu untuk mengisi tugasan selaku jurulatih di Anfield.

"Masih terdapat beberapa tahun untuk Milner dan saya tidak pasti jika kami sudah perlu memikirkan tentang apa yang boleh dilakukannya selepas menamatkan karier.

"Namun, saya amat pasti pintu kelab ini akan sentiasa terbuka untuk pemain sepertinya, 100 peratus.

"Kita dapat melihatnya dalam pelbagai situasi musim lalu, betapa ia amat bermakna kepadanya.

"Empat tahun lalu (ketika Milner menyertai Liverpool dengan status ejen bebas), saya tidak tahu apa yang Liverpool fikirkan tentangnya, namun ia adalah idea yang hebat.

"Tanpa pemain seperti Milly, kejayaan dalam bola sepak adalah mustahil," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen