Lukaku perlu tinggalkan Old Trafford

Oleh Staff Writer 18 Jun 2019 3097
Lukaku perlu tinggalkan Old Trafford
Jurulatih Belgium, Roberto Martinez, mendesak Romelu Lukaku supaya meninggalkan Manchester United menjelang saingan musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) demi mengembalikan kariernya ke landasan sebenar. 

Lukaku tersisih dalam separuh kedua kempen musim lalu berikutan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, lebih cenderung mempertaruhkan khidmat Marcus Rashford.

Pemain yang dilaporkan menjadi idaman Inter itu sedar kepentingan untuk berpindah ke Itali dan sudah membayangkan minggu lalu dia mungkin perlu berhijrah dari Old Trafford.

Pemain berusia 26 tahun itu menyumbat 15 gol dalam 45 penampilan, sehubungan itu Martinez menegaskan betapa pentingnya pemain utama Belgium berkenaan untuk mencari kelab baru.

"Jelas sekali dia harus meninggalkan Manchester United," kata Martinez kepada Het Laatste Nieuws.

"Ia akan mendatangkan faedah buat kedua-dua pihak. Penting untuk Romelu mencari kelab yang tepat buatnya."

United meletakkan tanda harga £80 juta (RM419j) ke atas penjaring terbanyak Belgium itu yang telah mengumpul tiga gol untuk skuad Martinez dalam dua aksi kelayakan Euro 2020, awal bulan ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen