Mane terima jika kejuaraan liga Liverpool dinafikan

Oleh Nafis Abdullah 9 April 2020 75
Mane terima jika kejuaraan liga Liverpool dinafikan
Sadio Mane faham jika musim 2019-20 dibatalkan susulan wabak coronavirus walaupun Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan.

The Reds kini hanya menanti masa untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas mengutip 79 mata daripada 29 perlawanan sekali gus mengatasi Manchester City 25 mata.

Namun, Liga Perdana Inggeris -- sama seperti saingan lain di Eropah -- terpaksa ditangguhkan susulan penularan COVID-19.

Sehingga kini, masih belum ada pengumuman waktu untuk saingan dijalankan semula tatkala penangguhan kini berlanjutan sehingga Mei depan.

Bagaimanapun, Mane berpendapat jumlah 83,000 nyawa yang telah terkorban menjadi perkara utama selepas penularan wabak itu.


"Saya tidak fikir seperti kami sudah bergelar juara. Saya cintakan bola sepak dan mahu menang di atas padang," katanya.

"Saya mau memenangi perlawanan dan mendapatkan trofi. Itu perkara yang menggembirakan.

"Namun, dalam situasi ini, apa yang berlaku akan saya faham.

"Bagi saya, ia satu impian dan saya mahu memenanginya tahun ini.

"Jika tidak dapat, saya akan terima. Ia sebahagian daripada kehidupan. Diharapkan kami akan meraihnya tahun depan."

Beberapa pemain seperti pertahanan Manchester United, Luke Shaw, mencadangkan agar saingan di England dibatalkan jika musim tidak dapat disambung.

Namun, Presiden UEFA, Aleksander Ceferin, berkata dia tidak melihat Liverpool tidak akan menjadi juara.

The Reds tidak pernah meraih kejuaraan liga sejak kempen 1989-90 selepas kewujudan Liga Perdana Inggeris.
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen