Mimpi buruk Gbamin di Everton berterusan 

Oleh Shaiful Shamsudin 29 Mei 2020 120
Mimpi buruk Gbamin di Everton berterusan 
Karier Jean-Philippe Gbamin di Everton terus mengalami mimpi buruk apabila pemain tengah itu mengalami kecederaan tumit yang teruk dalam latihan.

Pemain tengah itu, yang ditandatangani daripada Mainz tahun lalu sementara Idrissa Gueye menyertai Paris Saint-Germain (PSG), hanya membuat dua penampilan buat The Toffees Ogos lalu sebelum mengalami kecederaan paha ketika berlatih. 

Komplikasi pemulihan tonggak Ivory Coast itu memerlukan pembedahan yang menyaksikan Gbamin semakin hampir dapat mengikuti dalam latihan penuh tatkala Liga Perdana Inggeris (EPL) masih tertangguh sejak Mac lalu berikutan wabak Covid-19. 

Pemegang taruh EPL secara sebulat suara semalam bersetuju untuk melengkapkan musim ini di stadium tertutup bermula 17 Jun depan, tetapi hasrat Gbamin untuk mengambil bahagian dalam baki sembilan perlawanan tidak kesampaian selepas kelab itu mengumumkan pemain berusia 24 tahun tersebut telah mengalami kecederaan tumit yang serius yang tampaknya akan menyisihkannya sepanjang 2020.

 

"Gbamin akan menjalani pembedahan minggu depan setelah mengalami kecederaan tumit yang serius dalam latihan," demikian kenyataan di laman sesawang Everton.

"Kecederaan itu, dialaminya dalam situasi tanpa sentuhan di padang USM Finch Farm, tiada kaitan dengan masalah otot paha yang menyisihkan sejak Ogos tahun lalu.

"Semua pihak di kelab ini sangat kecewa atas nasibnya dan kami akan memastikan dia mendapat segala sokongan yang diperlukan sepanjang tempoh yang mencabar ini."

Everton akan meneruskan kempen mereka menentang seteru setempat dan calon juara EPL, Liverpool, dalam pertembungan 'derby' Merseyside.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen