Mustafi, Elneny boleh tinggalkan Arsenal -- Emery

Oleh Staff Writer 23 Ogos 2019 4982
Mustafi, Elneny boleh tinggalkan Arsenal -- Emery
Unai Emery mendedahkan Shkodran Mustafi dan Mohamed Elneny boleh meninggalkan Arsenal kerana mereka tidak lagi sebahagian daripada perancangannya.

Mustafi hilang rentak secara mendadak dan tidak lagi sebahagian daripada skuad kendalian Emery itu bagi musim 2019-20 sementara Elneny turut diketepikan ketika berdepan Newcastle United dan Burnley.

Jendela perpindahan Eropah bakal ditutup 2 September ini dan Emery mencadangkan kedua-dua pemain itu boleh mendapatkan kelab baru sebelum terlambat.

"Kami memiliki beberapa pemain yang sudah mengetahui situasi yang perlu dilalui," kata Emery.

"Sebagai contoh, Elneny dan Mustafi mengetahui kedudukan mereka dalam skuad yang saya mahukan pemain yang benar-benar gembira bersama pasukan.

"Tahun lalu Mustafi dan Elneny tidak begitu gembira kerana tidak diturunkan beraksi. Saya telah bercakap dengan mereka beberapa kali tahun lalu dan menjelaskan berhijrah adalah jalan terbaik untuk mereka bagi meneruskan karier."

<blockquote class="twitter-tweet"><p lang="und" dir="ltr">😎 <a href="https://twitter.com/DaniCeballos46?ref_src=twsrc%5Etfw">@DaniCeballos46</a> 👌 <a
href="https://t.co/mrMSkrWgUY">pic.twitter.com/mrMSkrWgUY</a></p>&mdash; Arsenal (@Arsenal) <a href="https://twitter.com/Arsenal/status/1164586597775532033?
ref_src=twsrc%5Etfw">August 22, 2019</a></blockquote> <script async src="https://platform.twitter.com/widgets.js" charset="utf-8"></script>

Arsenal menandatangani pertahanan tengah, David Luiz, dari Chelsea dan pemain tengah, Dani Ceballos, secara pinjaman daripada Real Madrid, sekali gus menurunkan lagi peluang untuk Mustafi dan Elneny beraksi dalam kesebelasan utama.

"Mereka adalah pemain yang berkualiti," tambah Emery. "Tetapi mereka akan terpaksa menghadapi tempoh masa bermain yang singkat

"Saya berharap mereka dapat meneruskan karier bersama pasukan lain dan mendapatkan cabaran baru.

"Kami menghormati mereka, mereka berlatih bersama pasukan tetapi saya ingin mengatakan sekali lagi bahawa Mustafi dan Elneny tidak lagi dalam perancangan saya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen