Pele ramal ini tahun Liverpool

Oleh Staff Writer 11 Ogos 2018 15470
Pele ramal ini tahun Liverpool
Pele menyokong bintang Brazil, Alisson dan Roberto Firmino, untuk mengetuai Liverpool bagi menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Skuad The Reds itu masih belum dimahkotakan juara dalam era Liga Perdana, dengan gelaran terakhir diraih kelab itu adalah pada musim 1989-90.

Tetapi skuad Jurgen Klopp itu dirangsang oleh pelaburan besar menjelang kempen baru, dengan kelab itu menandatangani penjaga gol dari Roma, Alisson, manakala Naby Keita, Fabinho dan Xherdan Shaqiri juga telah tiba di Anfield.

Liverpool berbelanja lebih daripada mana-mana pesaing mereka dalam Liga Perdana ketika jendela perpindahan lalu, dan ketika mereka menamatkan saingan di tempat keempat, 25 mata di belakang juara, Manchester City, Pele percaya 2018-19 akhirnya akan menjadi tahun mereka.

"Ia adalah permulaan Liga Perdana, hari ini," tulis Pele di Twitter. "Siapa yang kamu fikir akan menang? Saya fikir ia adalah tahun Liverpool, Alisson dan Firmino!"

Liverpool, yang juga finalis Liga Juara-Juara lalu, akan membuka kempen Liga Perdana mereka berdepan West Ham di laman sendiri, esok. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen