Pemain baru Arsenal bangkitkan persekitaran Emirates

Oleh Staff Writer 18 Ogos 2019 2084
Pemain baru Arsenal bangkitkan persekitaran Emirates
Unai Emery percaya persembahan cemerlang daripada pemain baru telah menyumbang kepada persekitaran yang hebat di Emirates sewaktu Arsenal menewaskan Burnley 2-1, semalam.

Jaringan kedua Pierre-Emerick Aubameyang musim ini membolehkan The Gunners mengutip mata maksimum daripada dua perlawanan susulan kemenangan ke atas Newcastle United minggu lalu.

Ashley Barnes memadamkan gol pendahuluan Alexander Lacazette tetapi aksi cemerlang Dani Ceballos membantu Arsenal menewaskan Burnley.

Pemain muda, Joe Willock, mempamerkan aksi kemas di bahagian tengah bersama Ceballos sambil David Luiz tampak selesa selaku bek tengah dan Nicolas Pepe memberikan kepantasan selepas masuk dari bangku simpanan.

"Kami mahu mencipta satu persekitaran hebat bersama penyokong," kata pengendali itu.

"Kami melakukannya bersama-sama. Saya fikir sesetengah pemain baru memberikan impak dalam aksi ini."

Dia juga menambah: "Kami mampu bergembira. Idea dan percaturan di atas padang adalah hasil daripada kesedaran aksi ini akan sukar kerana kami perlu menyesuaikan diri.

"Banyak detik di mana kami gagal menterjemahkan percaturan kerana Burnley memberi tekanan dan corak permainan mereka membuatkan kami bergelut.

"Cabaran kami adalah setiap perlawanan. Kami gembira dengan enam mata. Minggu depan kami menentang Liverpool dan ia cabaran besar.

"Secara realistik, ia bakal jadi aksi getir."

Sementara itu, rakan sejawatan Emery di Southampton, Sean Dyche, tidak gembira dengan Arsenal selepas tamat permainan.

Pengendali Burnley itu menyasarkan sesuatu yang berterusan sambil mengharapkan kesilapan daripada lawan.

"Saya sangat risau dengan perlawanan di mana pemain kerap jatuh," katanya.

"Semalam, ramai pemain terjatuh. Saya memberitahu ia sepatutnya menyebabkan layangan kad kuning dan bagi saya, tendangan bebas untuk setiap pemain sepatutnya diberikan. Ia tidak betul."

Burnley yang menewaskan Southampton 3-0 minggu lalu bakal bertandang ke Wolverhampton Wanderers, Ahad depan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen