Pertahanan harus bertanggungjawab di atas kesilapan mereka -- Luiz

Oleh Staff Writer 3 September 2019 1192
Pertahanan harus bertanggungjawab di atas kesilapan mereka -- Luiz
David Luiz berpandangan pemain pertahanan Arsenal perlu bertanggungjawab di atas kesilapan mereka dan dia mendedahkan terpaksa beraksi dengan kecederaan sepanjang 'derby' London Utara, kelmarin.

The Gunners bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Tottenham 2-2, dengan Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang menemui sasaran dalam separuh masa kedua.

Granit Xhaka membenarkan Spurs menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti Harry Kane selepas melakukan kekasaran terhadap Son Heung-min tetapi David Luiz mengakui barisan pertahanan harus bertanggungjawab di atas kesilapan mereka.

Skuad bimbingan Unai Emery tersebut bolos lima kali dalam dua perlawanan, dengan bekas pemain Chelsea itu sendiri mengakui kesalahannya apabila memberikan sepakan penalti ketika tewas kepada Liverpool 3-1 minggu lalu.

Pemain berusia 32 tahun itu menerima kritikan akan hadir buatnya jika gagal memastikan gawang tidak dibolosi.

"Saya berasakan ia merupakan satu perkara yang normal. Saya perlu menghadapinya sepanjang karier saya, terutama sekali sebagai seorang pertahanan," kata Luiz kepada Sky Sports.

"Penyerang tidak pernah menjadi sasaran jika pasukan kalah melainkan mereka gagal menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung permainan.

"Pertahanan harus bertangunggjawab di atas kesilapan mereka dengan cara yang lebih baik. Anda harus mengakuinya dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.

"Saya sentiasa cuba melakukan yang terbaik. Saya berasakan telah bermain baik sehinggalah memberikan penalti kepada Liverpool. Ia adalah perlawanan penting pertama saya untuk Arsenal."

Turun berdepan Spurs merekodkan penampilan ketiga Luiz bersama Arsenal sejak berhijrah daripada Chelsea dan dia mengakui beraksi dengan kesakitan sepanjang permainan.

"Saya cuba bermain dengan penuh bersemangat sehingga tamat permainan," katanya lagi.

"Saya berusaha untuk meningkat naik bersama pasukan dalam setiap perlawanan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen