Rodri cipta peningkatan di bawah bimbingan Guardiola

Oleh Staff Writer 14 November 2019 141
Rodri cipta peningkatan di bawah bimbingan Guardiola
Rodri percaya Pep Guardiola telah menyebabkan corak permainannya meningkat ke satu tahap lebih tinggi di Manchester City.

Pemain Sepanyol, Rodri, menjadi pemain termahal City selepas melengkapkan perpindahan daripada Atletico Madrid dengan nilai GBP62.8 juta (RM335 juta), Julai lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu menjadi watak utama di bahagian tengah pasukan bimbingan Guardiola itu -- yang menjadi kunci kepada sistem permainan City -- dan ia juga posisi buat pengurus itu sewaktu bergelar pemain di Barcelona.

Rodri telah menampilkan persembahan memukau tetapi turut membarisi skuad yang mengalami tiga kekalahan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, termasuk sejak kembali daripada kecederaan paha sebelum mereka tewas 3-1 di tangan Liverpool, sekali gus meletakkan juara bertahan itu ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga itu.

Bercakap dalam sidang media menjelang aksi kelayakan Euro 2020 menentang Malta dan Romania, Rodri mengakui dia kini sedang dalam proses belajar.

"Saya belum melalui banyak masa tetapi sejak permulaan musim, saya meraih banyak ilmu," katanya.

"Guardiola sama seperti yang dilihat di depan kamera. Dia mementingkan persaingan dan keinginan ini mewujudkan tekanan buat lawan untuk belajar dan mengenal pasti cara untuk menundukkan mereka.

"Dia seorang yang rajin, memberikan 24 jam sehari untuk pemainnya, diri sendiri serta mencari jalan untuk menang.

"Di peringkat individu, ia banyak membantu saya memandangkan dia beraksi di posisi sama sewaktu bergelar pemain.

"Dia menawarkan banyak nasihat mengenai pandangannya terhadap bola sepak. Saya semakin meningkat, bukan sahaja daripada aspek taktikal tetapi secara individu yang tidak pernah disedari sebelum ini.

"Jelas sekali banyak faktor berbanding jurulatih dalam memainkan peranan tetapi kami memiliki jurulatih terbaik."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen