Rooney puji Guardiola bantu perkembangan Sterling

Oleh Staff Writer 23 Mac 2019 844
Rooney puji Guardiola bantu perkembangan Sterling
Pep Guardiola berhak menerima pujian di atas peningkatan prestasi yang ditampilkan Raheem Sterling, kata bekas penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney.

Sterling menyumbat 15 gol di pentas Liga Perdana Inggeris musim ini tatkala Manchester City ketinggalan dua mata di belakang Liverpool dalam perebutan kejuaraan liga sambil berbekalkan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Sterling dilaporkan menjadi calon untuk anugerah individu selepas tiga jaringan yang dihasilkan turut membantu City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini, menyaksikan mereka bakal berdepan Tottenham Hotspur.

Rooney berpendapat pengendali City, Guardiola, memainkan peranan utama dalam perkembangan Sterling yang mengecam pihak media kerana mencetuskan suasana perkauman melalui media sosial walaupun dia menjadi pemain penting buat kelab dan negara.

"Sterling adalah individu yang baik," kata Rooney.

"Ada waktu di mana dia berdepan banyak halangan dan ia menyekat kami selaku pemain. Dia akan menjadi calon Pemain Terbaik Tahunan dan itu sudah pasti kerana mempamerkan prestasi hebat.

"Anda harus memberikan pujian buat Guardiola. Sterling sentiasa memiliki bakat dan kemampuan tetapi dia juga meningkat dengan baik terhadap pengetahuan dalam perlawanan. Secara taktikal, Sterling menjadi lebih bagus bersama Guardiola.

"Dia menunjukkan sesuatu yang hebat dan saya teruja dengannya."

Sterling turut meledak hatrik buat England dalam aksi pertama kelayakan Euro 2020, sekali gus membantu skuad The Three Lions itu menang mudah 5-0 ke atas Republik Czech.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen